seni

Seni (Art dalam bahasa Inggeris) merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni (kreatif) bagi semua kaum dan bangsa di dunia. Pada masa kini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia. Walaupun begitu, seni sukar ditakrifkan disebabkan setiap seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka, seni boleh dikatakan sebagai proses dan hasil dari pemilihan saluran medium, untuk menyampaikan sama ada kepercayaan, idea, rasa, atau perasaan dalam bentuk terbaik untuk saluran tersebut.

Seni sukar ditakrifkan, sebagaimana ia sukar dinilaikan, disebabkan setiap artis memilih peraturan dan tata rajah tersendiri untuk menentukan karyanya, masih boleh dikatakan bahawa seni adalah proses dan hasil pemilihan medium, set aturan untuk penggunaan medium tersebut, dan set nilai yang menentukan apa yang berhak di gambarkan melalui medium tersebut, agar dapat menyampaikan samaada kepercayaan, idea, rasa, perasaan dalam bentuk paling berkesan bagi medium tersebut. Walaupun, banyak artis terikut artis dahulu, dan sebagainya, beberapa garis panduan telah muncul untuk menetapkan bagaimana menggambarkan idea tertentu melalui simbol dan bentuk (seperti pokok selasih sebagai kekasih)

Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri mengenai apa yang boleh dianggap seni; sebagai contoh, adakah seseorang itu boleh menghasilkan seni, sekiranya ia tidak bertujuan sebagai hasil seni? Adakah seni merupakan bentuk luahan seseorang? Adakah hasil seni dianggap seni hanya apabila ia sempurna?




Lukisan

Lukisan

Ahad, 13 Jun 2010


Biarkan kesedihan itu sentiasa berada dalam diri kita....
Bagiku Keseronokan boley mengudang kepada kelalaian hati....
Aku hidup bersama kenangan lampau.....
Jika diriku terlalai atau alpa....
kenangan lampau lah yang membantu memulihkan aku....
Aku begitu sukakan kenangan lampau..tersangat-sangat suka....
Ibuku selalu bercerita tentang kisah nabi-nabi....
Ibuku selalu menyisir rambutku.....masakan aku boley lupakan ibu....
Ketika demam..ibuku menjagaku siang dan malam disusuli dengan kata-kata semangat...
Walaupun kehidupan kami susah.. tetapi kami bahagia.
Atas nama "kesusahan" itulah aku dapat mempelajari erti kehidupan yang sebenar..
Memperolehi sesuatu dengan daya usaha sendiri....
Bertindak mengikut pemikiran waras....
Sentiasa pandang ke hadapan untuk mencipta peluang-peluang baru untuk berjaya....
Aku tidak akan tunduk pada hasutan-hasutan yang berunsur negatif..
Sifat putus-asa adalah musuhku......
Karya-karyaku adalah luahan perasaanku.....
Penghayatan yang teliti akan membawa kepada pengenalan keperibadianku...
Bak kata pepatah melayu " Tak Kenal Maka Tak Cinta"

2 ulasan:

shaean berkata...

sukenye kata-kata mu ini !! suka sangat. Byk mksd yg tersembunyi..hurmm....

MrsLove berkata...

^_^
chaiyuk2x...hargailah ibu selagi ada..
sedih la baca entrynie..
CL x sempat rasa kasih syng ibu...
^_^ tapi bernsib baik ada yang sudi menjaga..